Rabu, 28 Ogos 2013

Kunjungan Muhibbah Aidilfitri 2013

Program Kunjungan Muhibbah Aidilfitri Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran telah dijalankan pada 23 dan 24 ogos 2013. Program diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim diantara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga murid berkeperluan khas ini. Penerapan aspek pembelajaran dan pengajaran juga turut dapat dilakukan sewaktu program ini berjalan seperti adab-adab berziarah, adab makan dan minum, tatatertib berkunjung dan berbicara dan sebagainya. Program turut disertai oleh En. Razali bin Lan (Guru Besar SKKP2).