Inklusif

GARIS PANDUAN PELAKSANA INKLUSIF PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

1.0 APA ITU PENDIDIKAN INKLUSIF?
Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. (Kamariah Jarji,1994).
Abraham, Morris and Wald (1993): “one in which children with and without disabilities learn and play together”.
Bowe (1995):“ an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities”.

2.0  PENCALONAN
Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar  berkeperluan khas yang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenal pasti boleh :
  1. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran   perdana
  2. Bersosialisasi
  3. Menduduki peperiksaan awam
3.0 KONSEP DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF
Berkaitan dengan “pendemokrasian” pendidikan dan konsep keadilan kepada:
i.   Kanak-kanak mempunyai banyak persamaan
ii.  Agen yang baik boleh mengajar semua jenis kanak-kanak.
iii. Semua kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualiti pendidikan yang tinggi.
iv.  Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid/“childcentered”.

4.0 OBJEKTIF  PENDIDIKAN INKLUSIF.
1. Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat tempat yang sama dalam pendidikan.
2. Menempatkan pelajar pendidikan khas ini dalam persekitaran yang seakan normal                 mengikut kesesuaian pendidikan  untuknya.
3. Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek           kurikulum dan kokurikulum sejak  dari awal.
4. Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang setanding     dengan rakan-rakan yang normal.
5. Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal.
6. Mendapat perhatian dan tanggung jawab ibu bapa dan masyarakat.

5.0 PENEKANAN DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF
1.  Pemupukan budaya ilmu, iaitu melalui amalan membaca berfikir, berkarya dan belajar.
2. Penerapan nilai-nilai murni.
3. Pendidikan teknik dan vokasional seperti pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajaran Reka 
    Cipta.
4. Pendidikan sains teknologi serta penguasaan bahasa lain.
5. Pemupukan budaya niaga & keusahawanan.
6. Menanam semangat kenegaraan melalui sifat patriotisme dan perpaduan.
7. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer.
  
6.0 PERLAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF.
1. Fleksibel dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian  
    kurikulum mengikut aras dan keupayaan pelajar.
2. Berasaskan kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke 
    kompleks.
3. Galakan kemahiran komunikasi dan interaksi.
4. Melibatkan pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya 
    tahan. Sediakan aktiviti P&P yang menarik.
5. Berikan penekanan kepada kurikulum bersepadu.
6. Waktu bimbingan / resos dicatatkan dalam jadual waktu peribadi dan penulisan rph 
    adalah sama.
7. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan     mesyuarat .
8. Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses     
    pengajaran dan pembelajaran.
9. Pelajar berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan  penyesuaian         di program pendidikan inklusif.
1o. Penilaian:
      ·   Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak /  
          ujian formatif dan sumatif dari aspek:

  1. Tingkah laku
  2. Sosial
  3. Akademik

       ·   Pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di    
           program pendidikan inklusif..
      ·   Pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan 
          akan kembali semula ke program pendidikan pra inklusif.

7.0 BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF
7.1    Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa
  • pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa.
  • Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.
  • Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi  pembelajaran atau tingkah laku.
  • Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam

7.2   Pendidikan Separa Inklusif
  • Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
  • Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas.
  • Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan Khas.
  • Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
  • Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa.
  • Program Pendidikan Inklusif ini boleh di laksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestasi atau RPI oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu layak atau sebaliknya.

8.0 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Model A – Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian        
                       kurikulum dan strategi P&P.
2. Model B – Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat       
                       nasihat/bimbingan Guru Pendidikan khas.
3. Model C – Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/Bilik Resos/Pusat 
                       Sumber.
4. Model D – Penempatan di Sekolah Khas (Base School) dan kelas  “Satellite” di sekolah                                 biasa. (Octopus Model)
5. Model E – Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.
6. Model F – Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

9.0 KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF
1.    Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.
2.    Dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.
3.    Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu.
4.    Semua pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping/ resos.
5.    Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.
6.    Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.
7.    Memungkinkan pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti                masyarakat setempat.
8.    Menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk  
       berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

10.0 KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF

  1. Kurangnya tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas.
  2. Guru  mata pelajaran sukar memberi tumpuan yang sepatutnya kepada pelajar   pendidikan khas.
  3. Pelabelan terhadap pelajar pendidikan dalam kalangan rakan sebaya dan guru aliran perdana.
  4. Sikap guru aliran perdana terhadap program inklusif dan sukar memberi kerjasama.
  5. Kurangnya komitmen antara guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas.
  6. Pelajar – pelajar pendidikan khas belum bersedia sepenuhnya dalam pdp kelas inklusif.
  7. Kurang penyeliaan dari pihak pentadbiran.
  8. Kurang kerjasama dari ibu bapa.
  9. Jurang yang besar dalam kurikulum .


11.0 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INKLUSIF
Peranan Dan Tanggung jawab

 A. Pengetua/Guru Besar
i.  Pengerusi Jawatan kuasa program pendidikan inklusif sekolah.      
ii. Bertanggung jawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan iktisas program pendidikan 
     inklusif.
iii. Bertanggung jawab terhadap Polisi dan Objektif.
iv. Bertanggung jawab terhadap semua perancangan dan perlaksanaan  program pendidikan 
      inklusif di sekolah.
v.  Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid program pendidikan   
      inklusif di sekolah.
vi. Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan  inklusif di 
      sekolah.
vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi murid  program pendidikan inklusif.

B.  Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK)
i. Naib Pengerusi Jawatan kuasa program pendidikan inklusif sekolah
ii. Bertanggung jawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan iktisas program pendidikan 
     inklusif.
iii. Bertanggung jawab terhadap Polisi dan Objektif .
iv. Bertanggung jawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program pendidikan 
      inklusif di sekolah.
v.  Penolong Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru dan pelajar  program  
      pendidikan inklusif di sekolah.                             
vi. Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan 
      inklusif di sekolah.
vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi pelajar program  pendidikan  inklusif.

C. Guru Kelas
i. Menjadi ahli jawatan kuasa program pendidikan inklusif .
ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan   rancangan  pengajaran 
    semasa .
iii. Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas.
iv. Membuat penilaian.
 v.Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

D. Guru Mata pelajaran 
i. Menjadi ahli jawatan kuasa program pendidikan inklusif 
ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan pengajaran semasa .
iii. Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas.
iv. Membuat penilaian.
v.  Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

E.  Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing)
i.  Menjadi ahli jawatan kuasa program pendidikan inklusif .
ii. Merancang dan  menyediakan rancangan pengajaran bersama guru mata pelajaran.
iii. Mengenal pasti kesediaan pelajar berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra inklusif.
iv. Merancang dan melaksanakan P&P di pra inklusif
v.  Menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
vi. Membimbing pelajar berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Kelas 
      Pendidikan Khas  semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran 
      perdana.
vii. Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada pelajar berkeperluan khas selepas 
       pengajaran dan pembelajaran di  aliran perdana.
viii. Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga berhubung dengan   
       penempatan ke program pendidikan inklusif

F.  Murid Berkeperluan Khas
i. Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira).
ii. Tiada masalah tingkah laku berat.
iii. Bersedia belajar di kelas aliran perdana.
iv. Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik.

G.  Rakan pembimbing
i. Menerima kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam kelas.
ii. Rakan Pembimbing.
iii. menjadi ‘role model’.

H. Ibu bapa
i. Memberi sokongan moral terhadap pelajar berkeperluan khas.
ii. Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas.
iii. Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah.
iv. Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif.

12.0 PRA INKLUSIF DI KELAS PENDIDIKAN KHAS
Pra Inklusif merupakan penempatan sementara pelajar berkeperluan khas sebelum mengikuti program pendidikan inklusif dari aspek :
  1. Kurikulum perdana
  2. Masa pembelajaran
  3. Asas kemahiran


13.0 MESYUARAT JAWATANKUASA INKLUSIF
  1. Ahli jawatan kuasa inklusif terdiri daripada:
    1. Pengerusi:  Pengetua/Guru Besar 
    1. Naib pengerusi:  Guru Penolong Kanan Kurikulum /Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
    1. Setiausaha:  guru pendidikan khas
    1. Ahli jawatan kuasa:

                          i.    Guru kelas
                          ii.    Guru mata pelajaran
                          iii.    Guru pembimbing (guru pendidikan khas)
                          iv.    Guru bimbingan dan kaunseling
                           v.    Ibu bapa / penjaga
2.   Menetapkan kelas yang sesuai  berdasarkan pencapaian pelajar berkeperluan khas.
3.   Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa
4.   Merancang dan membina instrumen penilaian.
5.   Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi pelajar berkeperluan  khas dalam 
      program pendidikan separa inklusif.

14.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF
14.1 Sebelum Program
1.  Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif .
2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat  pemilihan  
     pelajar berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang 
     dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.
3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat pelajar khas yang akan mengikuti Program 
    Inklusif.
4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru  
    Pendidikan Khas dan PPM .
5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-
    guru aliran perdana yang terlibat. Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan 
    telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar pelajar Pendidikan Khas 
    tersebut.
6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga. Ibu bapa dipanggil untuk 
    diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka. Ibubapa           yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak                 mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
7. Membuat perjumpaan dengan semua pelajar yang berkenaan.
8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran  
    yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas pendidikan khas.
9.  Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.
10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua pelajar aliran perdana dan warga  
      sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan                 secara fomal dan tidak formal. Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa  
      melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan.
11. Pelajar  berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling sesuai. Tiada perubahan 
      atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang     
      dipilih. Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada          mereka.
12. Kedudukan pelajar berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-
      satu kelas. Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam             dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya. 
13. Semua mata pelajaran wajib diinklusifkan.
14. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang     
      bersesuaian dengan keperluan pelajar khas semasa di dalam kelas inklusif atau kelas 
      pendidikan khas.

14.2 Semasa Program
1.  Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.
2. Guru pendamping mendapatkan maklum balas dan berbincang dengan guru-guru yang 
    terlibat serta mengambil tindakan susulan.
3. Pelajar pendidikan  khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama  
    dengan pelajar lain. Semua  pelajar khas digalakkan terlibat secara aktif dalam semua    
     aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.
4. Guru  mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang sama 
    dengan pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama . Pelajar pendidikan khas yang 
    tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada 
    mentor. Ini membuktikan pelajar pendidikan Khas ini tidak bergantung  sepenuhnya 
    kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan 
    bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan.
5. Dari segi sosialisasi dan komunikasi, pelajar pendidikan khas ini sudah boleh  
    berkomunikasi dengan guru-guru dan pelajar lain  dan  boleh bersosialisasi 
    dengan aktif. Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah.
6. Sikap toleransi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak 
    positif kepada pembelajaran pelajar pendidikan khas.

14.3 Selepas Program
1. Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan pelajar dan mencatatkan 
    pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi.
2. Penilaian keberkesanan program terhadap pelajar pendidikan khas  sentiasa dijalankan 
    secara berperingkat-peringkat.
3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar.
4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga.
5. Keputusan peperiksaan pelajar Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan 
    Khas  PPD dan JPN.

15.0 Program Mentor Mentee
1.  Program Mentor Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang  
     terlibat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran .    
2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada pelajar.
3. Mentor bertanggung jawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan  tambahan 
    yang diperlukan dan mengadakan kelas tambahan serta semasa sesi menjalankan 
    Rancangan Pengajaran Individu (RPI).
4. Guru pendidikan  khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-
    bahan rujukan seperti keratan akhbar, buku rujukan, lap top untuk pencarian sumber 
    maklumat bagi memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan 
    lancar. 
5. Di samping itu, penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan     
    telah memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar pendidikan  khas yang 
    terlibat dalam membentuk masa depan yang cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan