Falsafah, Visi dan Misi

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.

VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka INSAN yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
VISI SEKOLAH

SK KANGKAR PULAI 2 UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI SEKOLAH

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI


KULAIJAYA GEMILANG, 1 IMPIAN

  -  Gigih
  -  Efisyen
 -  Menang
  -  Ilmu
  -  Laju
  -  Amanah
  -  Niat
  -  Gugah

USAHA DAN STRATEGI

  - Prasarana
  - Disiplin dan Sahsiah
  - Program Kecemerlangan
  - Team Building



Tiada ulasan:

Catat Ulasan