Pengenalan

Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa.
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Murid-muridan 1961; iaitu
“sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya ”.
Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang  sesuai dengan jenis murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif.
Terdapat dua pendekatan pendidikan khas disediakan iaitu; Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi pula disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan penglihatan. Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi, murid-murid khas ditempatkan di sekolah harian biasa dan ditempatkan dalam bilik darjah yang berasingan dengan murid-murid  biasa. Selain Kementerian Pelajaran, pelbagai badan bukan kerajaan dan badan sukarelawan juga turut menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak khas ini.
Pendidikan khas ini juga telah diperjuangkan di negara-negara lain di dunia seperti Britain, Amerika Syarikat, new Zealan dan ain-lain lagi. Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya ( Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476) yang diubah suai pada 1990 memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat. Di Britain pula, Laporan Warnock yang dikemukakan pada tahun 1978 memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas di negara itu.

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
  1. kebolehan kognitif
  2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
  3. penguasaan bahasa lisan/pertuturan
  4. penguasaan membaca
  5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
  6. kemahiran matematik

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:
  1. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.
     2. Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada  peringkat umur 8 tahun atau lebih
       3. Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

RASIONAL
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi  keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

MATLAMAT
Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak  yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

OBJEKTIF
Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:
  1. Menguasai kemahiran komunikasi
  2. Menguasai kemahiran bergaul
  3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
  4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
  5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
  6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
  7. Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi
  8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
  9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
  10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek

SASARAN
Murid-murid terencat akal ringan yang:
  • Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah
  • Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
  • Tiada kecacatan fizikal yang teruk
  • Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku  luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk
  • Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan, jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)

Terencat Akal
Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia
Autisme
  • Bermasalah komunikasi
  • Sukakan rutin
  • Berada di dunia sendiri
  • Ekolalia
  • Cederakan diri sendiri
  • Kompulsif tanpa tahu kesan
  • Tidak suka bergaul
  • Tidak ada tentangan mata
  • Kerencatan bahasa
  • Masalah kefahaman
  • Tidak suka disentuh
  • Bermasalah interaksi sosial
  • Pergerakan berulang-ulang
 Palsi Serebrum
  • Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan
  • Masalah pergerakan
  • Masalah postur
  • Kekejangan
  • Pergerakan tidak terkawal
  • Masalah imbangan badan
  • Masalah komunikasi
  • Masalah motor halus/kasar
  • Masalah tulisan
  • Masalah perkembangan motor halus/kasar
 Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa
  • Kecelaruan pertuturan
  • Kecelaruan bahasa
  • Kecelaruan suara
  • Masalah artikulasi
  • Masalah kelancaran
 Sindrome Down
Gangguan Penumpuan ADHD
  • Lambat menyiapkan tugasan
  • Mudah terganggu
  • Masalah kosentrasi
  • Masalah mengurus tugasan
  • Cepat lupa
  • Impulsif
  • Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu
  • Memerlukan pengawasan yang lebih
  • Masalah menunggu giliran
Hiper Aktif
  • Tidak boleh duduk diam
  • Impulsif
  • Tumpuan perhatian singkat
  • Suka ganggu orang lain
  • Bermasalah Pembelajaran
 Pintar cerdas dan Berbakat
  • Keupayaan umum yang istimewa
  • Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi
  • Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi
  • Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
  • Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan
maklumat diperolehi dari pelbagai sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan